NSK Pages

Corat-Coretku


Dia penjenguk bulan dan bintang yang setia. Juga pencinta pantai yang terlalu fanatik. Terlalu Agung ciptaan Tuhan sehingga dia sering terbuai sendirian apabila menikmati keindahan itu.. Perasaan semalamnya akan muncul kembali, datang dan singgah di benak fikirannya tatkala terbayang peristiwa itu, yang pasti akan membuatnya kehilangan dan terdiam seribu bahasa serta memendam berjuta perasaan……..

Tak ‘kan pernah habis air mataku
Bila kuingat tentang dirimu…
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah di sana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
‘Kan kutunggu dirimu

Biarlah kusimpan
Sampai nanti aku ‘kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku… kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi

Biarlah kusimpan
Sampai nanti aku ‘kan ada di sana
Ingatlah cintaku… kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi…


-KERISPATIH MENGENANGMU-


PENGENALAN

                Masih tergiang-giang lagi setiap bait-bait perkataan lagu itu di telingaku. Membuatkan aku selalu terkenangkannya, iaitu seorang insan yang pernah mencuit hati keperempuananku. Satu-satunya lelaki yang telah merobek tembok egoku bagi membenarkan laluan di sebahagian sisi  hidupku dihadiri insan yang  telah memperkenalkanku erti sebenar kasih dan cinta sejati. Tidak pernah aku merasakan betapa indahnya dunia, betapa besarnya 'atmosphere' yang terbentang luas di hadapan mata dan juga betapa dalamnya dasar lautan di lingkaran 'Bermuda Triangle' itu serta betapa indahnya cakerawala yang diciptakan Si Maha Pencipta. Begitu luasnya erti CINTA yang sebenar dirasaiku...  

     Hari-hari malamku hanya di penuhi dengan menjenguk ke segenap ruang udara dada langit untuk mencari bintang Si Pemuja yang setia berada di sisi bulan. Terkenang lagi aku akan peristiwa semalam, peristiwa yang membuatkan aku untuk tidak mudah jatuh cinta lagi akibat kekecewaan berat yang ditanggungku....Berat?? huhhh sungguh berat... phewww..


Bab 1 

               Sherie menghempaskan tubuhnya dengan kuat ke atas sofa yang lembut itu. Mengeluh beberapa kali dan merungut sendirian di dalam hati berkaitan kerja yang membebankan sejak kebelakangan ini. Mana hendaknya menguruskan hal pekerja yang entah pelbagai karenah itu ditambah dengan karenah pelbagai majikan yang satu itu. Huhhhhh!! Menjerit sendirian di dalam hati. Di saat ini apa yang ada didalam kotak fikiranku adalah untuk terbang nun jauh ke pantai-pantai berdekatan bagi menenangkan perasaanku ketika ini. Tapi apakan daya kerja yang berlambak di pejabat tidak menuntutku untuk berbuat sebegitu. Kalau dulu semasa zaman kegemilanganku menjadi 'student', apabila kepala berserabut sehingga 'tension' ketahap dewa bak mahu melontarkan kuasa cakranya kepada musuh-musuhnya akan saja dia meredah 'highway' Seremban-PD  sejauh  lebih 15km itu ke  pantai Port Dickson bersama teman akrabnya esah @ misha ko ingat ko 'cute' ke dengan menaiki 'Ferari' merahnya a.k.a moto cap 'kriss' bernombor daftar PGX bla bla bla….  Semata-mata mahu menenangkan jiwa masing-masing yang tengah bersarang serabut kepala hotak hendaknya.


Imbas seketika...      


          Sherie merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta di Johor Bahru, menyandang jawatan sebagai pengurus sumber manusia. Merupakan senarai di antara orang-orang yang teramat dibenci dalam kalangan pekerjanya. Tapi bukan salahnya untuk mereka membencinya apakan daya tugasnya menuntut untuk dia menyebelahi apa-apa tindakan yang akan dikeluarkan majikannya, sehabis daya dia cuba untuk berlaku adil, membela serta menjaga kebajikan pekerjanya, sehabis manis juga senyuman yang dilemparkan kepada pekerjanya pada setiap pagi untuk mendekati mereka, namun ia hanya mencairkan beberapa hati pekerjanya sahaja. Berperwatakan menarik, putih gebu, senyuman 'apple chinnya' dan giginya yang tersusun rapi serta putih itu akan meruntuhkan hati kepada sesiapa yang melihatnya. 

     Kadang-kadang perwatakannya menjadi 'serius' apabila ia melibatkan perkara-perkara yang menuntutnya sebegitu. Juga merupakan seorang kakak kepada tiga adiknya dan seorang adik kepada kakaknya… Hurmmm??  pening dibuatnya, merupakan Kak Ngah yang disayangi kedua orang tua dan adik beradiknya… Mementingkan kasih sayang dalam keluarga, menyukai kanak-kanak dan bayi serta sangat-sangat mengutamakan keluarganya @ 'family first' dalam kamus hidupnya.

       Juga merupakan seorang sahabat yang sangat disayangi dan disenangi teman-temannya. Cuma prinsipnya adalah musuh jangan dicari sekali dicari siaplah orang tersebut dimusuhinya sampai kiamat… ishk…ishk begitu sekali busuk hatinya. Opss silap musuhnya akan dimaafi sekiranya otaknya berada dalam kewarasan yang tepat atau lebih senang apabila telah menimbang, menyukat, mengukur dan seangkatan dengannyanya berkenaan segala 'pro' and 'cont' yang akan dibuat kelak dan membuatkan orang-orang sekeliling tersenyum bahagia dengan jawapan yang diberikan oleh ku. 

     Hurmmm…. tetapi bahagiakah aku dengan tindakan yang aku telah buat demi untuk membahagiakan orang-orang di sekelilingku.. Patutkah aku….  Tiada siapa yang akan faham dengan gejolak hatiku kini, gelodak gunung berapi yang semakin tidak aktif dan terkubur hampir bertahun di dalam diri ini, tiada siapa yang mengerti…. Hampeyh betul, malangnya tidak dapat dihidu oleh orang-orang kesayanganku malah 'Exboyfriend'ku pun tidak pernah merasai keperitan jiwaku. Malah telah diulit bahagia kini dengan sang  isteri tersayang a.k.a kau ingat kau kurus dan cun  ke nak maki sebakul durian berduri-duri dekat aku dulu. Huhh pedih tahu!.. Tetapi silap aku juga dulu sanggup bermain dengan api, mengiakan apa yang bukan kepunyaanku dan menidakkan kebenaran yang telah berada di depan mata. 

 Bersambung................................


      Kini bertahun sudah berlalu telah kutemui cinta yang sejati tetapi kini takut untuk mengakuinya kerana tiada jawapan yang pasti tentangnya. Terkadang peristiwa lama itu menjenguk kembali tetapi aku cuba untuk menafikannya. Aku keliru.... Mengharap dan menanti sesuatu yang tidak pasti. Berdosakah aku!?. Kesibukan aku dan dia menjadi tembok penghalang untuk aku merasakan kebahagiaan yang pernah aku alami dahulu. Sabar lah wahai hati, kerana jalan untuk menuju kearahnya kelak akan sentiasa dipermudahkan olehNYA.


      Merenung jauh ke luar kotak-kotak hidupku, terlalu kerdilnya aku dan bertapa sombongnya aku dihadapan yang MAHA ESA. Tidak bersyukurkah aku dengan apa yang telah dikurniakanNYA kepadaku. Kepentingan duniawi aku dahulukan tetapi kepentinganku sebagai Khalifah pinjaman dibumi ini aku abaikan. Ampunkan aku YA RAB.... Sesungguhnya terlalu banyak dosaku kepadamu YA ALLAH...